QURBAN CARE FOR UMMAH
Qurban care for ummah adalah projek yang dilaksanakan oleh pertubuhan MyfundAction bagi membantu pengagihan kepada umat islam yang memerlukan (asnaf) di dalam Malaysia dan juga luar negara, agihan ini juga tertumpu kepada umat islam yang terjejas kesan daripada bencana alam dan negara yang terlibat dengan peperangan sebagai sumber makanan yang awal kerana Kawasan yang terjejas menyebabkan kesukaran untuk menyediakan kelengkapan memasak dan sumber mentah yang lain.
Sepanjang pengalaman kami menyertai misi keselamatan dan kemanusiaan, ia memberikan kami kesedaran dan memahami situasi yang dialami oleh mangsa bencana dalam mendapatkan makanan yang bersih dan sihati. Yang lebih meruntun hati kami apabila anak-anak diberikan makanan yang telah dicemari semata-mata ingin meneruskan kelangsungan hidup Ketika menghadapi ujian tersebut.
Dengan bantuan yang kita sama-sama kongsikan ini mampu menjadi satu berita gembira buat mereka Ketika dilanda ujian yang tidak diduga.
Ini antara misi bantuan yang kami sertai dan agihan utama Ketika ini adalah hasil daripada bahagian qurban tahun sebelumnya.
BAGAIMANA KAMI MENGURUSKAN PROSES IBADAH QURBAN INI UNTUK SETIAP PESERTA YANG MENYERTAI MELALUI MYFUNDACTION?
1- Proses pemyembelihan akan berlaku di 2 lokasii aitu :
a. Sepang
b. Abatoir Shah Alam
2- Seterusnya, daging dan setiap bahagian akan dibawa ke tempat penyimpanan sejuk beku yang berlokasi di Batu Caves & Shah Alam, di sini proses melabel akan dilakukan dan akan disusun mengikut jadual edaran ke masjid/surau.
3- Setelah selesai proses melabel, semua bahagian qurban akan dibawa ke kilang untuk proses masak dan packaging.
a. 1 hari kami boleh menyiapkan 2000 pek.
b. Proses yang akan diambil dalam lingkungan 10 bulan untuk keseluruhan daging qurban.
c. 1 bahagian dapat menghasilkan 70 hingga 90 pek.
4- Sesudah proses packaging selesai kami akan menyimpan keseluruhan pek kedalam box penyimpan. 1 box boleh menyimpan sebanyak 50 pek. Total keseluruhan pek beranggaran 40 tan. Kemudian kami akan sekali lagi melabel semua untuk agihan mengikut lokasi/asnaf/peserta qurban.
5- Akhir sekali adalah proses agihan, dimana kami kelaskan kepada 4 pihak iaitu :
-
Agihan untuk asnaf didalam Malaysia(180 unit)
-
Agihan di luar negara (20k unit)
-
Kementerian/jabatan kerajaan.
- NGO/Swasta yang boleh membantu untuk proses agihan kepada golongan asnaf yang memerlukan
Bagi golongan berkemampuan mungkin ini adalah usaha yang tidak seberapa. Namun bagi mereka yang sedang melalui ujian dan menghadapi kesukaran akibat bencana, ini adalah berita yang amat menggembirakan.
Semoga usaha Bersama kita ini mendapat keredhaan Allah dan boleh memberi keringanan buat mereka yang memerlukan.
BERAPAKAH HARGA UNTUK SATU BAHAGIAN JIKA ANDA INGIN MENJADI PESERTA IBADAH QURBAN INI?
Jika anda berminat untuk menyumbang juga untuk tajaan Qurban Care Pack (kos proses urusan packaging) anda boleh button dibawah untuk info lanjut.
HANYA RM 780/BAHAGIAN
✓Peserta akan mendapat sijil daripada pihak kami bagi menyatakan penglibatan dalam ibadah qurban yang diuruskan oleh MyFundAction.
✓Setiap peserta akan mendapat 25 pack daripada bahagian korban yang disertai. (kami akan berikan pada September setelah semua proses tadi selesai)
ANDA BERMINAT UNTUK MELAKSANAKAN IBADAH QURBAN BERSAMA KAMI DAN MEMBANTU GOLONGAN YANG MEMERLUKAN?
Teruskan ke langkah seterusnya di bawah